Selangor bantu 31 rumah perlindungan, pemulihan dan kebajikan


  • Primer
  • Selasa, 23 Nov 2021

MOHD Khairuddin (tiga dari kanan) menyampaikan bantuan kepada 31 rumah perlindungan, pemulihan dan kebajikan di negeri itu.
KERAJAAN negeri Selangor memberi inisiatif RM155,000 kepada 31 rumah perlindungan, pemulihan dan kebajikan di negeri itu.

Pengerusi Jawatakuasa Tetap Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, ini merupakan tahun kedua program yang melibatkan kerajaan negeri dengan rumah-rumah perlindungan, pemulihan dan kebajikan di Selangor.

"Tahun lepas, kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM 116,000 yang melibatkan 29 buah rumah," kata Mohd Khairuddin pada majlis yang diadakan petang Selasa.

Sepanjang dua tahun program ini dijalankan, kata beliau, sebanyak RM271,000 sumbangan telah diberikan kepada rumah-rumah tersebut.

ANTARA PENERIMA
ANTARA rumah perlindungan, pemulihan dan kebajikan di Selangor yang mendapat insiatif tersebut.


Sementara itu, beliau mengulas lanjut isu banjir kilat yang menimpa beberapa kawasan di sekitar Selangor pada Isnin telah diselesaikan dengan bantuan dari seramai 150 ahli Selangor Volunteers (SERVE).

Antara kawasan yang terjejas akibat banjir kilat pada Isnin termasuk sekitar Ampang, Hulu Langat dan Gombak. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram