Kedai alat ganti kereta di Taman Segambut musnah dalam kebakaran


  • 112
  • Selasa, 23 Nov 2021

TANGKAP layar video kejadian kebakaran kedai alat ganti kereta terpakai yang tular di media sosial. — Facebook

KEBAKARAN di Taman Segambut, Kuala Lumpur pada petang Selasa menyebabkan sebuah kedai menjual alat ganti terpakai musnah.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menerusi satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kira-kira 5.50 petang sebelum lapan jentera bomba dari balai Sentul, Jinjang, Sri Hartamas, Hang Tuah, Titiwangsa, Taman Tun Dr Ismail, Wangsa Maju dan Seputeh, tiba di lokasi kejadian.

"Setakat ini tiada mangsa dilaporkan dan kebakaran tersebut melibatkan kedai menjual alat ganti kereta terpakai berkeluasan 4,000 kaki persegi yang terbakar hampir 90 peratus.

"Operasi pemadaman melakukan teknik ‘offensive’ dan ‘defensive’, dengan membahagikan pasukan pemadam kepada beberapa bahagian untuk mengelakkan api merebak ke kawasan lebih besar,” ujar kenyataan berkenaan.

Tambah kenyataan JBPM terbabit, setakat 8.30 malam Selasa, kerja-kerja pemadaman sedang giat dijalankan.

Kebakaran berhampiran susur Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) menghala ke Selayang itu turut mengakibatkan trafik sesak dari Jalan Loke Yew sehingga lokasi di Jalan Kuching. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

JBPM, kereta, alat ganti, terbakar, Segambut