AKSI pantas yang diberikan pasukan perubatan JDT selepas seorang pemain Terengganu FC mengalami kecederaan semalam mendapat pujian ramai.
Kecederaan tersebut berlaku pada minit ke 76 perlawanan melibatkan kapten Terengganu FC, Carli De Murga yang terjatuh selepas berlaga dengan pemain JDT.
De Murga kemudian dilihat terus terbaring seperti tidak sedarkan diri sebelum beberapa pemain dan pengadil datang meminta bantuan.
Ketika ini, pasukan perubatan JDT terus berlari ke arah De Murga untuk memberikan bantuan kecemasan.
Perkara tersebut mendapat pujian daripada warganet di Twitter.
Malah, pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tengku Mahkota Johor (TMJ) turut berkongsi video berkenaan di laman Twitter miliknya.
Sebahagian daripada komen yang ditinggalkan di Facebook dan Twitter berkenaan tindakan pantas pasukan perubatan JDT.
"Pasukan perubatan JDT sangat profesional dan efisien. Mantap," kata LemanHarun.
Pujian sama juga diberikan di Facebook oleh warganet atas tindakan pantas pasukan perubatan JDT.
"Ini baru betul walapun musuh dalam permainan, tapi ada perikemanusiaan," kata Afad Aziz.
"Ini namanya berjiwa sukan, tak kira musuh atau lawan. Mantap JDT, terbaik pegawai perubatan JDT," katanya.
Untuk rekod, perlawanan JDT dan TFC untuk peringkat separuh akhir pertama di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Terengganu pada Isnin. berkesudahan seri 1-1.
Gol pertama disumbangkan Jordan Mintah untuk TFC pada minit ke lapan manakala JDT pula beroleh satu gol hasil jaringan Bergson Da Silva pada minit ke 50. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram