Bergaduh guna senjata gara-gara 'double park' di Tawau


  • Tular
  • Isnin, 22 Nov 2021

HANTARAN dari Sabah Edition itu mendapat lebih 7000 tontonan dan lebih 111 perkongsian di Facebook.

GARA-GARA "double park", sekumpulan lelaki bergaduh di Taman Persisiran Lebuh Raya dekat Tawau, Sabah.

Pergaduhan yang melibatkan beberapa lelaki dewasa itu pada awalnya hanya isu "double park" sahaja namun ia menjadi serius sehingga menimbulkan perdebatan mulut dan membawa kepada pergaduhan fizikal.

Video yang tular di laman media sosial Facebook itu menunjukkan sebahagian daripada mereka membawa batang kayu sebagai senjata untuk menyerang lawan.

Hantaran dari Sabah Edition

Namun, perlakuan sekumpulan lelaki ini mengundang kecaman dari warganet yang menyifatkan perlakuan mereka seakan-akan budak-budak.

Hi, nak dengar pendapat anda tentang VIVAlicious 3.0 boleh (1080 x 1920 px)

Antara komen dari warganet di Facebook

"Macam budak-budak. Sudah tua pun tidak berfikir", komen dari pengguna Facebook Royce Grunk.

"Yang bergaduh ni golongan bapa-bapa sudah, malu lah anak bini tengok," komen dari Mazzed Omar.

"Selagi masalah itu boleh dibawa bincang, maka boleh bincang elok-elok. Kebanyakan kita ini lepas bergaduh akan jadi kawan rapat pula," pengguna Facebook Nazam MY-Name memberi komen.

Susulan kejadian pergaduhan itu, semua yang terlibat telah dibawa ke Balai Polis Tawau untuk di ambil keterangan dan beberapa orang mengalami cedera ringan akibat dari pukulan.

Hantaran dari Sabah Edition itu mendapat lebih 7000 tontonan dan lebih 111 perkongsian di Facebook. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Gaduh, Tawau, sabah, polis, Facebook, Tular