TINDAKAN seorang pemuda yang sanggup bergadai nyawa demi memindahkan besi dari lebuh raya yang sesak menjadi tular media sosial Facebook.
Rata-rata warganet memuji tindakannya kerana sanggup memberhentikan keretanya demi memindahkan besi tersebut yang berada di tengah-tengah jalan dan boleh mengundang kecelakaan kepada pengguna lain.
"Maaf kepada tuan badan, saya tularkan awak kerana awak telah menyelamat kan nyawa orang yang melalui kawasan di situ. Jasa baik tuan hanya Allah yang balas", hantaran dari Zainudin Salehan II.
Video yang berdurasi 1 minit 30 saat itu menunjukkan pemuda tersebut sanggup mengundurkan kenderaannya sebelum keluar dan melintas jalan yang untuk mengalihkan besi tersebut.
Fitrah Kasih memberi komen di hantaran tersebut dengan harapan supaya pemuda itu sedar bahawa seluruh rakyat Malaysia berterima kasih dengan kebaikannya.
"Dia sudah bahayakan diri sendiri untuk selamatkan nyawa org lain. Terbaik lah, sangat-sangat berbudi," kata pengguna Facebook Emelia Omar.
"Semoga tuhan merahmati saudara dan seluruh ahli keluarga saudara. Muulia sungguh hati saudara," ujar Wan Saleh.
Bagaimanapun lokasi dan masa kejadian tidak diketahui manakala usaha untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut daripada pemilik video itu masih belum berbalas. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram