Pekerja kedai perabot parah dirempuh pemandu Preve dipercayai mabuk di Ampang


  • 112
  • Ahad, 21 Nov 2021

KEADAAN premis perabot itu selepas dirempuh pemandu mabuk terbabit. — Gambar ihsan Bomba Selangor

SEORANG pekerja kedai perabot cedera parah selepas sebuah kereta dipercayai dipandu pemandu mabuk merempuh premis tersebut.

Kejadian dilaporkan berlaku di Jalan Kampung Pasir, Ampang Jaya pada petang Ahad.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 6.14 tentang kejadian tersebut.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta jenis Proton Preve dipandu lelaki berusia 36 tahun merempuh kedai berkenaan.

“Ketika kejadian, terdapat seorang pekerja di kedai berkenaan dan kini berada dalam keadaan parah dan tidak sedarkan diri akibat rempuhan itu,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Katanya, mangsa warga tempatan yang berusia 20an itu dihantar ke Hospital Ampang untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Tambah Norazam, pemandu berusia 36 tahun berkenaan hanya mengalami cedera ringan dan dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol.

“Pemandu berkenaan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram