Ditipu setiap 30 minit, 67,552 kes scam babit kerugian RM2.23 bilion setakat Jun


  • 112
  • Jumaat, 19 Nov 2021

ORANG ramai perlu sentiasa berwaspada serta melaporkan jika mendapat tawaran yang mencurigakan. — The Star

SEBANYAK 67,552 kes penipuan scam direkodkan membabitkan kerugian bernilai RM2.23 bilion dilaporkan sejak 2017 sehingga 20 Jun 2021, maklum Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Berkongsi di akan rasmi laman sosial Facebook pada Jumaat, berdasarkan kepada jumlah itu, ia bemakna seorang warganegara ditipu bagi setiap 30 minit.

Menurut badan pengawal selia utama pasaran modal itu, modus operandi penipuan itu melibatkan penyamaran daripada pihak bank, pihak berkuasa, perniagaan e-dagang atau pelaburan.

"Scammer akan menghubungi anda dan menyamar sebagai pihak berkuasa atau bank dan meminta maklumat peribadi untuk memindahkan wang.

"Ataupun mereka akan memberi tawaran murah untuk membeli barangan mahal dan meminta anda membuat bayaran terlebih dahulu, kemudian mereka tidak membuat penghantaran,” katanya.

Tambahnya lagi, penyamaran sebagai pihak bank atau pihak berkuasa dan jaminan pulangan pelaburan yang tinggi tanpa sebarang risiko merupakan antara muslihat penipuan yang paling sering digunakan.

"SC sehubungan itu mengingatkan pengguna agar menyemak maklumat terlebih dahulu melalui saluran rasmi pihak berkuasa.

"Orang ramai perlu sentiasa berwaspada serta melaporkan jika mendapat tawaran yang mencurigakan," ujarnya.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

SC, scam, pelaburan, e-dagang, bank