Kembali naik, 6,288 kes baharu dicatat pada Rabu


  • Primer
  • Rabu, 17 Nov 2021

KES harian Covid-19 menunjukkan peningkatan pada Rabu. — Gambar hiasan

SEBANYAK 6,288 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Rabu, menurun berbanding 5,413 kes yang dicatatkan pada Selasa.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini kepada 2,563,153 kes setakat ini.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataannya memaklumkan, sebanyak 4,743 kes sembuh baharu direkodkan pada Rabu, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kepada 2,466,523.

Selain itu, sebanyak 536 pesakit berada di unit rawatan rapi (ICU) dengan 251 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak lapan kluster baharu dicatatkan pada Rabu dan jumlah kluster mencecah 5,858. Daripada jumlah berkenaan, hanya 247 kluster masih aktif. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram