13 minit selamat budak tersepit jeriji besi pintu di Gombak


  • 112
  • Selasa, 16 Nov 2021

BOMBA menggunakan bolt cutter untuk memotong jeriji besi pintu berkenaan. — JBPM Selayang

JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selayang pada Selasa menyelamatkan seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang tersepit pada jeriji besi pintu rumah di bahagian kepala.

Jurucakap JBPM Selayang berkata, kejadian berlaku di Taman Berlian, Batu Caves pada jam 2.05 petang.

"Kami menerima panggilan daripada pengadu pada jam 2.05 petang dan tiba di lokasi kira-kira 13 minit kemudian.

"Setibanya di lokasi, kami mendapati seorang kanak-kanak berusia dua tahun tersepit di pintu jeriji besi hadapan rumah.

"Komander operasi meneliti keadaan dan mengarahkan anggota menggunakan bolt cutter untuk memotong jeriji besi pintu tersebut," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, seramai tujuh anggota Fire Rescue Tender (FRT) serta dua anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terlibat dalam operasi menyelamat.

Tambahnya, pihak JBPM mengambil masa kira-kira 13 minit untuk mengeluarkan mangsa dan operasi menyelamat tamat pada jam 2.32 petang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

bomba, JPBM, budak, jeriji besi, pintu, tersepit