SEORANG ibu di laman Twitter memuji sikap pengasuh anaknya yang sentiasa memberi layanan terbaik terhadap si kecil.
Menerusi satu bebenang ciapan yang dibuat pada Isnin (15 November), wanita berkenaan terharu apabila individu tersebut menjaga anaknya dengan penuh kasih sayang dan dedikasi.
Kata @AidaSue, pengasuh anaknya itu memasang khemah di dalam halaman rumah hanya kerana anak lelakinya mahu berkhemah.
"Penjaga anak aku ni kalau boleh bagi rating, aku dah bagi 1,000/10 kot. Anak aku cakap nak camping, dia pacak terus khemah depan rumah.
TANGKAP layar bebenang ciapan @AidaSue.—Twitter
"Apa je anak aku minta dia bagi, tak terbalas jasa dia. Mula-mula dia jaga anak aku seorang je, lepas tu tambah bayi jiran.
"Aku pun dalam sebulan hantar kurang 15 kali sahaja dan bayar dengan extra bonus setiap tahun. Terbaik betul la dia jaga Aayiz, tiada tandingan," katanya yang merupakan ibu kepada seorang cahaya mata.
Ciapan tersebut meraih sebanyak 5,000 ulang kicau dan warganet di laman Twitter turut berkongsi kenangan mereka bersama pengasuh masing-masing.
"Saya masih pergi ke rumah pengasuh dah melawat beliau yang sudah uzur. Sekarang dah tak kenal saya, tetapi hubungan saya dengan anak dan menantunya masih baik.
"Sepupu-sepupu saya pun kalau balik pasti akan menjenguk dan bertanya khabar tentang makcik ini. Moga ALLAH membalas jasa makcik ini menjaga saya dengan baik dahulu dan berukhwah," tulis seorang pengguna Twitter, @cik_hanani.
TANGKAP layar ciapan warganet di Twitter.—Twitter
"Power betul ni! Saya pun waktu dahulu ada pengasuh memang tak berkira dengan kakak tu.
"Bayar penuh walaupun kadang-kadang hantar tak cukup sebulan, bagi duit raya sedikit. Yang penting dia jaga anak kita baik-baik dan anggap macam anak dia," kata seorang lagi pengguna Twitter, @_soultz_.
"Jangan berkira dengan pengasuh, kita minta tolong daripada dia untuk jagakan anak. Bukan bekerja dengan kita jaga anak, macam tu la saya pesan dekat isteri sendiri," ujar seorang lagi pengguna Twitter, @JedYazid. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram