Khemah dirampas, pengusaha khemah di pantai PD tidak puas hati


  • Tular
  • Isnin, 04 Okt 2021

PENGUSAHA khemah tidak berpuas hati dengan tindakan MPPD.
PENGUSAHA khemah di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson (PD) meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan tindakan pihak Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) yang merampas khemah sewaan milik mereka baru-baru ini.

Menerusi dua video berdurasi 25 saat dan satu minit yang dimuatnaik pengguna Tiktok @hantugigi55 memaparkan situasi pegawai MPPD merampas beberapa khemah tanpa menghiraukan pengusaha yang cuba mempertahankan perniagaan mereka.

Pengusaha khemah mendakwa tindakan pihak berkuasa itu adalah tidak patut kerana rampasan dibuat ketika ramai pengunjung mahu membuat sewaan sekaligus menjejaskan perniagaan mereka.

"Semua orang boleh lihat sendiri, orang datang mahu sewa khemah, mereka datang tanpa bagi salam terus rampas khemah.

"Macam ini layanan pihak Majlis... bagus," katanya.
@hantugigi55

tlg share

♬ original sound - Gigi Deli


Dalam video ke dua pula, salah seorang pengusaha berkata, tindakan MPPD itu adalah berat sebelah kerana mendakwa tindakan hanya diambil kepada sesetengah peniaga sahaja.

"Tempat Cina tak mahu kacau, kenapa tempat Melayu sahaja nak kacau," katanya.

Kedua-dua video tersebut mula tular sejak ia dimuatnaik semalam dan ia turut mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

"Maaflah..rasanya memang patut pihak majlis datang angkut sebab keadaan tepi pantai sudah seperti pasar penuh khemah sewaan.

"Kadang-kadang ada keluarga datang pasang khemah dihalau macam pantai itu hak peniaga... ini merosakkan pemandangan pantai.

"Sebaik-baiknya peniaga berurusan dengan pihak majlis untuk mendapatkan satu kawasan khas tempat sewa khemah atau tapak perkhemahan," kata Kaz Well Laz.

Terdahulu, menerusi laporan Sinar Harian, Yang Dipertua MPPD, Mohd Zamri Mohd Esa menasihatkan agar pengusaha khemah di sekitar PD tidak memacak khemah sewaan mereka terlebih dahulu bagi memberi peluang kepada pengunjung bersantai.

Menurutnya, ia berikutan pihaknya menerima aduan daripada pengunjung pantai yang terganggu dengan pengusaha khemah.

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram