TARIKH 2 Januari hingga 20 Mac 2022 merupakan Sesi Persekolahan Penggal Ketiga bagi 2021/2022.
Perkara itu dimaklumkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang turut memberitahu ia bagi sekolah di negeri kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
"Bagi negeri kumpulan B iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya akan bermula pada 3 Januari hingga 20 Mac tahun depan.
”Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 akan bermula pada 21 Mac 2022 hingga 11 Mac 2023 bagi sekolah di negeri kumpulan A dan pada 21 Mac 2022 hingga 12 Mac 2023 bagi sekolah di negeri kumpulan B,” katanya menerusi satu satu kenyataan pada Isnin.
Tambahnya, KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik kepada rakyat.
"Orang ramai boleh memuat turun Sesi Persekolahan Penggal Ketiga 2021/2022 dan Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 melalui laman web KPM di pautan https://www.moe.gov.my/takwim. Muat turun boleh dilakukan mulai Isnin," ujarnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram