Treler bawa muatan kereta terbabas di Gua Musang


  • Tular
  • Khamis, 11 Nov 2021

Trelar tersebut terbabas disebabkan masalah brek ketika melalui jalan raya yang licin. — Agensi

SEBUAH lori treler membawa muatan kereta Myvi baharu terbabas akibat jalan raya yang licin di Gua Musang pada Khamis (11 November).

Seorang pengguna TikTok, @acunadya yang merupakan isteri kepada pemandu lori berkenaan memuat naik video kemalangan tersebut di media sosial.

Menurut wanita tersebut, kejadian itu berlaku ketika suaminya dalam perjalanan menghantar muatan kereta Myvi baharu ke Kota Bharu, Kelantan.

Menerusi rakaman video yang dikongsikan itu memaparkan treler tersebut terbabas ke bahagian kanan jalan raya dan diikuti dengan sebuah kereta Saga di belakangnya.

"Dugaan dan cabaran mencari rezeki. Alhamdulillah kepala lori sangkut terlanggar pokok, kalau tak ke gaung la.

"Jalan licin dan lori ada masalah brek. Alhamdulillah suami selamat," tulisnya dalam satu hantaran di TikTok.

Video yang meraih hampir 200,000 tontonan itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet di platform berkenaan.

"Semoga semuanya dalam keadaan yang baik-baik dan dipermudahkan segala urusan...amin. Sabar ya kak ujian dari ALLAH, sentiasa bersangka baik," tulis seorang warganet TikTok, laranumie512.

"Kereta yang atas tu mereka letak kemas betul, tak bergerak walaupun terbabas. Ni mesti pemandu berpengalaman, dapat kawal keadaan supaya tak terbalik ketika membawa muatan berat," ujar seorang pengguna TikTok, Nor Hasyila.

"Nasib kereta tu berikat, kalau tak sendu pemilik baru kena tunggu lagi. Alhamdulillah," kata seorang pengguna TikTok, imcreatingausername. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram