Gempar tiang elektrik tumbang dirempuh treler di Klang


  • Tular
  • Rabu, 27 Okt 2021

TANGKAP layar menunjukkan wayar yang berteraburan di atas jalan raya akibat dilanggar treler terbabit. — Facebook

SEJAK Selasa, tular sebuah lori treler yang membawa muatan kren bergerak tersangkut pada wayar tiang elektrik menyebabkan sejumlah tiang tersebut tumbang di sebuah jalan di Klang.

Kejadiankan difahamkan berlaku di simpang 3 antara Jalan Limau dan Jalan Iskandar, Kapar.

Kelihatan wayar elektrik yang putus dilanggar treler berkenaan berteraburan di atas jalan raya.

Bagaimanapun, sebilangan orang awam berkata, pemandu tersebut tidak harus dipersalahkan atas kejadian itu, sebaliknya pihak berkuasa yang memasang wayar elektrik berkenaan harus bertanggungjawab.

Menurut mereka, pemasangan wayar yang terlalu rendah tidak mengikut spesifikasi menyebabkan ia tersangkut pada kren berkenaan.

Setakat ini, masih belum ada kenyataan daripada pihak berwajib atas insiden tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

lori, treler, wayar elektrik, kapar, klang, kemalangan