"WALAUPUN (Proton) Saga (Iswara), dia tetap bergerak," itulah kapsyen yang tertera pada video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di Facebook, Tan Cher Puk.
Rakaman visual berkenaan tular sejak Sabtu (6 November) dan meraih lebih 3,000 tontonan di platform tersebut.
Video berdurasi 29 saat itu memaparkan sebuah kereta Proton Saga Iswara sedang menarik lori treler bagi membantu ia untuk mengundur kebelakang kerana terperangkap di permukaan tanah lembut di Pagoh, Johor.
Tan Cher Puk pada mulanya tidak menyangka bahawa kereta sekecil itu mampu untuk menarik sebuah kenderaan berat tersebut kerana ia kelihatan seperti suatu perkara yang mustahil.
Biarpun kereta Proton Saga Iswara di dalam video tersebut kelihatan agak usang dan saiznya jauh lebih kecil daripada sebuah lori treler, namun ia berjaya menarik kenderaan muatan berat yang tersekat itu keluar setelah beberapa cubaan.
"Dah tarik pun masih tak bergerak (lori treler). Eh, dah bergerak!
"Tengoklah mereka gunakan kereta ini untuk menarik sebuah lori treler keluar. Memang kuat betul," katanya di dalam video yang dimuat naik pada Jumaat (5 November).
Ruangan komen video tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada warganet Facebook dan ramai di antara mereka yang memuji kehebatan kereta buatan Malaysia.
"Welcome to workshop Saga! Punca clutch plate haus ekstrem, tapi memang padu la tarik lori," kata seorang pengguna Facebook, Encik Zam.
"Pernah bawak dulu. Reverse terlanggar tiang batu elektrik, kereta masih okay lagi," komen seorang lagi pengguna Facebook, Addin Berserahdiri.
"Very impressive! Jangan memandang rendah pada kereta jenama Proton," ujar seorang lagi pengguna Facebook, LJ Mini Yap.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram