SEORANG pekerja buruh didakwa membunuh seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang dipercayai adik iparnya pada hujung Oktober lalu.
Tertuduh didakwa di Mahkamah Majistret Pasir Mas, Kelantan pada Rabu.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang bekerja sebagai buruh didakwa membunuh seorang remaja perempuan pada 29 Oktober lalu.
Dia didakwa berbuat demikian antara pukul 8 hingga 9 pagi sebuah rumah di Kampung Apa-Apa, Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falenna Abu Bakar dan tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 14 Disember sebagai tarikh sebutan semula kes. — Sinar Harian
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram