Mahkamah tolak permohonan Adly batal PRN Melaka


ADLY memfailkan semakan kehakiman dengan menamakan empat pihak sebagai defendan.

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu tidak membenarkan permohonan Bekas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari untuk membatalkan Pilihan Raya Negeri Melaka yang dijadualkan pada 20 November 2021.

Perkara itu diputuskan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Noorin Badaruddin.

Beliau dalam penghakimannya berkata, proses membuat keputusan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam bagi membubarkan DUN tidak boleh dipertikai.

Adly memfailkan semakan kehakiman dengan menamakan empat pihak iaitu bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai defendan pertama manakala bekas Speaker DUN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh defendan kedua.

Responden ketiga dan keempat masing-masing ialah Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) dan bekas Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam. — Majoriti

Berita lanjut akan menyusul.....

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram/

PRN, Melaka, Adly Zahari, Ali Rustam, , Mahkamah