Terus mencanak, 5,403 kes baharu Covid-19 direkod pada Selasa


  • Primer
  • Selasa, 09 Nov 2021

KES harian Covid-19 negara kembali meningkat pada Selasa. — Gambar hiasan

SEBANYAK 5,403 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Selasa, meningkat berbanding 4,543 kes yang dicatatkan pada Isnin.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini kepada 2,516,255 kes setakat ini.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataannya memaklumkan, sebanyak 5,311 kes sembuh baharu direkodkan pada Selasa, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kepada 2,425,054.

Selain itu, sebanyak 545 pesakit berada di unit rawatan rapi (ICU) dengan 270 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak lima kluster baharu dicatatkan pada Selasa menjadikan jumlah kluster kepada 5,817. Daripada jumlah berkenaan, hanya 307 kluster masih aktif. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram