Golongan antivaksin dikenakan sekatan lebih ketat


  • Benua
  • Ahad, 07 Nov 2021

KOMPAUN dinaikkan kepada AS$5,800 bagi memastikan arahan ini dipatuhi oleh setiap individu di Greece. — Agensi

MEREKA yang enggan menerima vaksin dikenakan sekatan yang lebih ketat oleh kerajaan Greece bermula Sabtu.

Ia susulan peningkatan kes Covid-19 sejak kebelakangan ini.

Rakyat yang enggan menerima vaksin diwajibkan untuk membuktikan keputusan ujian saringan negatif sebelum memasuki semua premis awam.

Ia termasuk bank, premis perniagaan, bangunan kerajaan dan salun rambut.

Arahan sama diperuntukkan untuk memasuki restoran dan kafe.

Namun, pengeculian hanya akan diberikan untuk memasuki pasaraya, kedai yang menjual makanan, farmasi dan tempat beribadah.

Kesemua pekerja awam dan swasta daripada kumpulan ini juga perlu membuktikan keputusan ujian negatif sekurang-kurangnya dua kali seminggu sebelum memasuki bangunan.

Untuk memastikan arahan ini dipatuhi, pemantun secara berkala akan dipergiatkan dengan kompaun dinaikkan kepada AS$5,800 sekiranya ingkar arahan.

Untuk rekod, 61 peratus keseluruhan populasi Greece sudah melengkapkan vaksinasi.

Ketika ini, pihak berkuasa kesihatan sedang mempergiatkan pemberian dos penggalak. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram