WIRA yang mengetuai misi memerangi komunis bagi menyelamat warga Balai Polis Bukit Kepong, Tan Sri JJ Raj (Jr) meninggal dunia pada usia 100 tahun awal pagi Sabtu.
Mendiang yang merupakan bekas Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Ara Damansara kira-kira jam 1.55 pagi Sabtu akibat serangan jantung.
Perkara berkenaan disahkan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Mendiang amat terkenal ketika bergelar Ketua Polis Daerah Pagoh, Johor kerana pernah mengetuai Skuad Harimau (Tiger Squad) untuk menyelamatkan warga Balai Polis Bukit Kepong yang diserang pengganas komunis, sewaktu era darurat pada tahun 1950.
Mendiang kemudiannya dilantik sebagai Pengarah Pengurusan, Bukit Aman pada tahun 1974 sebelum menjalani persaraan wajib pada tahun 1976 dengan pangkat Pesuruhjaya Polis.
Jasad mendiang akan dibawa ke Nirvana Memorial Park, Shah Alam untuk diberikan penghormatan terakhir oleh ahli keluarga dan orang ramai, petang Sabtu.
Mendiang meninggalkan 4 orang anak serta 3 cucu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram