LELAKI dalam video tular yang didakwa memaki hamun pengawal keselamatan di kondominium Sky Awani I gara-gara tidak menjaga anaknya baru-baru ini telah ditahan polis di Wangsa Maju.
Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, lelaki itu bagaiamanapun ditahan atas kesalahan lain dan tiada kaitan dengan insiden tersebut.
Katanya, pihaknya menerima laporan daripada isteri suspek yang juga penyewa unit residensi itu berkaitan pergaduhan yang tular di media sosial sejak Isnin.
"Hasil siasatan pihak polis berdasarkan video yang tular itu mendapati kejadian berlaku pada 27 Oktober lalu hanya membabitkan pertengkaran mulut antara pengadu dan pengawal keselamatan serta tidak membabitkan sebarang kekerasan jenayah.
"Tiada tindakan undang-undang diambil terhadap kedua-dua pihak itu," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Sehubungan itu, Eng Lai menggesa orang ramai supaya menghentikan spekulasi mengenai video tular terbabit.
Selain itu, katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul (03-40482222) atau mana-mana balai polis berdekatan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram