Upacara penghormatan James Masing sehingga 2 petang


  • Primer
  • Rabu, 03 Nov 2021

JASAD Masing dijadual akan dibawa ke Nirvana Memorial Park, Kuching untuk Upacara pengebumian petang Rabu. — The Star

UPACARA penghormatan terakhir terhadap jasad Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Dr James Jemut Masing akan berlangsung sehingga pukul 2 petang, Rabu.

Diadakan sejak pukul 9 pagi di Association of Churches in Sarawak (ACS) di Jalan Stampin, Kuching, Sarawak, upacara itu dihadiri Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, menteri-menteri Kabinet dan keluarga terdekat mendiang.

Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) dalam kenyataan hari ini memaklumkan orang awam juga berpeluang memberi penghormatan terakhir kepada mendiang.

"Upacara penghormatan terakhir pada pukul 2 petang.

"Jasad Masing dijadual akan dibawa ke Nirvana Memorial Park, Kuching untuk Upacara pengebumian selepas itu," katanya.

Masing yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baleh meninggal dunia di usia 72 tahun.

Beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak pada September selepas disahkan positif Covid-19.

Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) itu kemudian dipindahkan ke NSMC untuk rawatan susulan.

Masing meninggal dunia di Pusat Perubatan Normah Sarawak (NSMC) di Petra Jaya, Kuching pada 7.05 pagi pada Ahad. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Sarawak, James Masing, Abang Johari