TIMBALAN Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri James Masing, 72, meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak, awal pagi Ahad.
Masing yang juga Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) itu ditahan di wad hospital sama pada 28 September lalu akibat jangkitan Covid-19.
Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan Sarawak itu sudah pun menerima suntikan lengkap dua dos vaksin.
Pada 28 September lalu, mendiang Masing menerusi laman sosial Facebbok mengesahkan dijangkiti Covid-19 dan mengalami simpton seperti demam, batuk, hilang selera makan dan paru-paru berair. —The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram