Tekun sedia pinjaman ke usahawan mikro


  • Bizz
  • Rabu, 03 Nov 2021

PEMBERIAN pembiayaan tersebut merupakan satu kaedah baharu untuk Tekun menyalurkan pinjaman kepada kumpulan usahawan mikro atau informal. — Agensi

PENGEDAR produk Summerfield bakal memperoleh kemudahan pembiayaan untuk dijadikan modal bagi memulakan perniagaan mereka.

Pembiayaan itu ia diberikan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menerusi agensinya, Tekun Nasional (Tekun).

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar, pihaknya akan memeberikan pinjaman melalui syarikat induk.

Jelasnya, pendekatan tersebut merupakan satu kaedah baharu untuk Tekun menyalurkan pinjaman kepada kumpulan usahawan mikro atau informal.

"Syarikat induk akan bertanggungjawab memastikan bahawa mereka yang layak menjadi ejen syarikat mendapat pinjaman.

"Pihak syarikat juga bertanggungjawab untuk mengutip semula pembiayaan yang diberikan," katanya.

Tambah beliau lagi, terpulang kepada syarikat sama ada mahu memotong komisen atau sebagainya (bagi pembiayaan pinjaman).

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Program Pembangunan Usahawan Summerfield di Serendah, Selangor pada Selasa.

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang turut memberitahu jumlah pinjaman bergantung kepada keperluan syarikat yang membuat permohonan berdasarkan jumlah ejen atau pengedar produk yang diperlukan.

Sebagai contoh jika syarikat memerlukan RM5 juta pihak tidak memebrikan jumlah itu sekali gus tetapi amaun diberi bergantung kepada berapa jumlah yang diperlukan.

"Katalah dia (syarikat) perlu 100 (pengedar) kita bagi RM500,000 (pinjaman) andainya perlu lagi 100 orang kita bagi lagi RM500,000.

"Pinjaman tersebut bagaimanapun tidak diberikan terus kepada ejen atau pengedar produk tetapi kepada syarikat," ujarnya.

Hurainya lagi, ia bermakna semua pihak berada dalam situasi menang menang apabila Tekun memberi pembiayaan dan syarikat menguruskan pembiayaan itu termasuk mengutipnya kembali daripada pengedar. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

MEDAC, Tekun, Summerfield, pengedar, pembiayaan