Kerajaan dahulukan kebajikan rakyat, Ismail Sabri balas komen Tun Mahathir


  • Primer
  • Rabu, 03 Nov 2021

ISMAIL menyangkal dakwaan Mahathir bahawa Bajet 2022 pentadbiran masa depan berhutang. — The Star

KERAJAAN mampu menguruskan dana yang diperuntukkan untuk Bajet 2022 dengan mengambil kira semua aspek termasuk kewangan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut beliau, pihaknya telah mempertimbangkan semua pandangan sebelum bajet dibuat dan beliau percaya Kementerian Kewangan mampu menguruskannya.

"Bajet 2022 dirangka dengan mengambil kira semua aspek, namun apa yang penting kita dahulukan kebajikan rakyat.

“Ramai yang kehilangan wang simpanan... sebab itu kami sediakan bantuan kewangan untuk membantu mereka," katanya.

Beliau berkata demikian pada selepas melancarkan perumahan Angkatan Tentera Rumah Keluarga Malaysia di Taman LTAT, Kuala Lumpur pada Rabu.

Perkara itu dinyatakan Ismail bagi menjawab komen bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Parlimen pada Selasa.

Mahathir menyatakan bahawa meluluskan Bajet dalam bentuk semasa boleh menyebabkan kerajaan sekarang dan pentadbiran masa depan berhutang.

Tambah beliau lagi, kerajaan juga perlu mengambil kira keluh kesah peniaga mikro ekoran Perintah Kawalan Pergerakan.

Jelasnya, sebab itu kerajaan memberi pinjaman kepada mereka tanpa faedah dan moratorium selama setahun.

"Memang kita berbelanja banyak tetapi seperti yang saya katakan ini untuk kesejahteraan rakyat.

"Kementerian Kewangan akan menguruskan akaun kita dengan baik," ujarnya.

Mengulas dakwaan Ahli Parlimen Subang Wong Chen bahawa peruntukan 2022 adalah tidak adil kepada bukan Bumiputera, Perdana Menteri mengulangi bahawa ia adalah Bajet yang inklusif.

"Kami telah menyatakan dengan jelas satu persatu. Mungkin dia tidak membacanya jadi saya rasa dia tidak begitu memahaminya.

“Apapun, Menteri Kewangan akan jawab kerana perkara itu akan dibahaskan di Parlimen,” katanya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram