Kerajaan bina 10,200 unit RKMAT dan kuarters warga ATM, PDRM


  • Primer
  • Rabu, 03 Nov 2021

ISMAIL memberitahu sebanyak 1,509 unit RKMAT sudahpun dalam proses pembinaan. — Bernama

KIRA-KIRA 10,200 unit Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera (RKMAT) dan kuarters Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara akan dibina oleh kerajaan menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera (RKMAT) pada Rabu.

Menurut beliau, daripada jumlah itu 8,852 unit khusus untuk anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi perancangan lima tahun.

"1,509 unit RKMAT sudahpun dalam proses pembinaan, manakala 7,343 unit lagi sedang dalam proses perolehan.

"Dengan perasmian 2,000 unit RKMAT hari ini, ia telah memenuhi 85 peratus keperluan anggota ATM di Lembah Klang," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Ismail Sabri, ATM, RKMAT, PDRM, kuarters