VIDEO: Pemandu 'sekolahkan' penunggang Rohingya


  • Tular
  • Rabu, 03 Nov 2021

TANGKAP layar etnik Rohingya yang menunggang motosikal tanpa lesen dan tidak memakai topi keledar di jalan raya.

SEORANG lelaki warga asing seolah-olah kebal akan undang-undang jalan raya di negara ini, apabila bertindak menunggang motosikal tanpa topi keledar dan tidak mempunyai sebarang lesen.

Panas hati dengan perilaku warga asing yang juga etnik Rohingya itu, seorang pemandu bertindak mengarahkannya untuk berhenti di tepi jalan sebelum memarahinya.

Menerusi video berdurasi satu minit 40 saat yang tular di laman Facebook itu, warga asing berkenaan mendakwa dia diminta tolong oleh seseorang untuk menghantar barangan di atas motosikalnya.

"Kalau orang minta tolong pun lain kali pakai otak. Topi (keledar) tak pakai, lesen pun tak ada. Ingat Malaysia ni apa?

"Kalau lalu depan sana ada balai polis tau. Sana pasar borong, sini flyover. Awak besar kepala dekat sini.

"Saya bukan marah sebab awak orang Rohingya, tapi perangai macam ni rosakkan undang-undang Malaysia," katanya berang.

Pada masa sama, warga asing berkenaan beberapa kali meminta maaf kepada pemandu berkenaan.

Bagaimanapun lokasi dan masa kejadian tidak dapat dipastikan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Rohingya, warga asing, lesen