"SAYA orang Sarawak ditindas oleh orang luar", kata seorang wanita dalam video yang dikongsi dalam satu hantaran di akaun sosial media, Boneo Voice.
Video berkenaan memaparkan seorang wanita yang kesal rumahnya dirobohkan tanpa pampasan atas alasan tidak memiliki geran. untuk lot berkenaan.
Dakwanya dalam video itu dia ditindas kerana dia orang luar, malah rumahnya dirobohkan oleh pemaju dipercayai berbangsa Cina.
"Di sini saya tanah ada geran dia robohkan rumah saya, tengok bagaimana kebencian kaum tersebut kepada saya.
"Dia kata saya orang luar, bukan orang Semenanjung, peguam dia kata satu sen awak tak akan dapat," luahnya dalam video berkenaan.
Dalam video berkenaan wanita tersebut menunjukkan separuh bahagian daripadanya rumahnya dirobohkan.
Katanya lagi, dia telah pergi ke pejabat tanah tetapi tidak dilayan.
Dakwanya lagi, sudah 10 tahun dia cuba mendapatkan hak terhadap pemilikan dan status tanah tersebut.
Namun katanya tiada sebarang respon, kecuali dia 'disuruh' pejabat tanah untuk membina rumah di atas tanah berkenaan.
Dia juga mendakwa jiran disebelah rumahnya terlibat dalam perkara tersebut.
"Dia (jiran) telah mendakwa bahawa saya memiliki geran palsu, orang Melayu tidak berhak memiliki tanah di kawasan Cina, tetapi saya berkahwin dengan orang Cina.
"Kerana orang itu (jiran) memberi penindasan kepada saya dan sekarang bergembiralah kerana orang Sarawak ditindas begini rupa," ujarnya.
Kejadian itu dipercayai berlaku di Salak Selatan berdasarkan dakwaan wanita itu dalam videonya tetapi ada pengguna media sosial mendakwa ia berlaku di Jinjang. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram