'Parkir dapat, kereta kemik pun dapat'


  • Tular
  • Selasa, 02 Nov 2021

RAMAI pengguna Facebook menyifatkan kejadian itu sebagai 'karma' atas sikap pemandu Nissan terbabit. — Facebook

MENCARI tempat letak kereta di lokasi yang padat seperti parkir bertingkat di pusat beli belah sememangnya sesuatu yang menjengkelkan.

Tambahan pula, jika petak letak kereta ditemui tetapi dirampas atau 'sailang' oleh kenderaan lain yang datangnya entah dari mana.

Hal ini dikongsi oleh seorang pengguna laman sosial Facebook, Mo Syazmi di grup Komik And Video Lawak.

Bersama hantaran itu, Syazmi menyertakan sebuah video daripada kamera perakam video atau dash cam berdurasi 20 saat.

Video itu memaparkan sebuah kereta jenis Honda Civic yang sedang cuba memasuki petak parkir secara mengundur.

Namun, secara tiba-tiba, muncul sebuah kereta lain dipercayai jenis Nissan Kicks yang datang dari tingkat bawah meluru ke petak letak kereta yang sama.

Cuma malang tidak berbau, kereta (Nissan) itu dilihat merempuh tembok di belakang petak meletak kenderaan itu.

Syazmi dalam status berkenaan berkongsi seloroh yang bertulis, "Dapat juga parkir, puas hati aku, kau rasa?"

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang menyifatkan ia sebagai 'karma' atas sikap pemandu Nissan terbabit.

Ada juga yang menyatakan ia sebenarnya pemandu itu tersilap menekan pedal minyak untuk menaiki tanjakan ke tingkat atas.

Apa jua yang berlaku, ironinya walaupun terdesak, elakkan daripada memasuki parkir yang telah ditunggu orang lain.

Bukan sahaja ia boleh mengundang pergaduhan tetapi mungkin kejadian tidak diingini seperti ini boleh berlaku. Siapa yang rugi? — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Nissan, Honda, parking, karma, langgar