Lori simen rosak punca kesesakan di Lebuh Raya PLUS


  • 112
  • Isnin, 01 Nov 2021

LEBUH RAYA Utara Selatan sesak lebih tujuh kilometer apabila sebuah lori simen rosak pagi Isnin. — Twitter

SEBUAH lori tangki simen mengalami kerosakan di kilometer (KM) 230.3 arah selatan dari Changkat Jering ke Kuala Kangsar, Perak sehingga menyebabkan kesesakan sehingga tujuh kilometer awal pagi Isnin.

Jurucakap PLUS berkata, dalam kejadian kira-kira 6 pagi tadi, lori tersebut mengalami kerosakan di tengah-tengah jalan sehingga menyebabkan kesemua laluan termasuk laluan kecemasan terhalang dan trafik terhenti sepenuhnya.

"Laluan kontra telah diaktifkan di KM231.7 arah utara bagi mengurangkan kesesakan dan kerja penundaan lori yang rosak itu telah dijalankan. Trafik kembali pulih seperti biasa kira-kira 8.40 pagi tadi untuk kedua-dua laluan utara dan selatan," katanya.

Beberapa gambar dan video viral di media sosial termasuk WhatsApp menunjukkan kesesakan kawasan berkenaan ekoran kerosakan lori tersebut sehingga menyebabkan kesemua laluan ke selatan terhalang. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram