PEMBERIAN tambahan cuti tanpa rekod pada hari kedua Deepavali kepada pekerja yang beragama Hindu diharap dapat diperhalusi dan dipertimbangkan oleh majikan swasta.
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M.Saravanan berkata, ia bagi membolehkan pekerja sektor berkenaan meluangkan lebih masa bersama keluarga kerana hari kedua perayaan itu jatuh pada Jumaat, 5 November.
"Selepas hari kedua perayaan Deepavali adalah hujung minggu dan ini akan memberikan lebih masa kepada pekerja untuk bersama keluarga sempena Deepavali," katanya dalam satu kenyataan.
Masyarakat Hindu akan meraikan Deepavali pada 4 November (Khamis).
Saravanan berkata, berkuat kuasa 2018, kerajaan memberikan kemudahan cuti tanpa rekod sehari iaitu pada hari kedua Deepavali kepada pegawai perkhidmatan awam yang beragama Hindu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram