Kerajaan sedia Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar RM100


  • Primer
  • Jumaat, 29 Okt 2021

INSENTIF itu akan memberi manfaat kepada 400,000 guru di bawah KPM. — Bernama

KERAJAAN bakal menyediakan Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar secara sekali bayar sebanyak RM100 kepada lebih 400,000 guru sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan insentif berkenaan bagi menghargai jasa guru yang menyediakan bahan mengajar tambahan kepada murid-murid semasa tempoh pandemik.

Pengumuman itu dibuat sewaktu Pembentangan Bajet 2022 pada Jumaat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Bajet 2022, Tengku Zafrul, guru, murid, insentif