Kerajaan perkenal Bantuan Keluarga Malaysia


  • Primer
  • Jumaat, 29 Okt 2021

SEBANYAK RM8.2 bilion diperuntukkan oleh kerajaan untuk BKM.

KERAJAAN memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sebanyak RM2,000 kepada golongan isi rumah yang berpendapatan bawah RM2,500 sebulan serta memiliki lebih tiga orang anak pada tahun hadapan.

Sebanyak RM8.2 bilion diperuntukkan oleh kerajaan untuk BKM dan bakal memberi manfaat kepada 9.6 juta penerima.

Bantuan itu diumumkan ketika Pembentangan Bajet 2022 pada Jumaat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram