Bantuan Awal Persekolahan RM150 tahun hadapan


  • Primer
  • Jumaat, 29 Okt 2021

BANTUAN itu memanfaatkan tiga juta murid yang layak.

KERAJAAN bersetuju untuk menyediakan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 pada tahun hadapan.

Jumlah bantuan itu meningkat berbanding RM100 yang diberikan sebelum ini.

Sejumlah RM450 juta diperuntukkan yang dijangka memanfaatkan tiga juta murid yang layak.

Pengumuman itu dibuat sewaktu Pembentangan Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada Jumaat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram