Kerajaan lanjut diskaun bayaran balik PTPTN


  • Primer
  • Jumaat, 29 Okt 2021

PEMINJAM PTPTN boleh menikmati tiga diskaun yang disediakan. — Bernama

KERAJAAN bersetuju memberikan diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bermula 1 November 2021 hingga 30 April 2022 ketika Pembentangan Bajet 2022 pada Jumaat.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan tiga pilihan diskaun.

"Pertama, diskaun 15 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman.

"Kedua, diskaun 12 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran.

"Ketiga, diskaun 10 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual pembayaran," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Bajet 2022, Tengku Zafrul, PTPTN, diskaun