Baucar program insurans B40 naik ke RM75


  • Primer
  • Jumaat, 29 Okt 2021

BAUCAR tersebut diberikan untuk membeli produk Perlindungan Tenang termasuk takaful hayat dan kemalangan diri. — Gambar hiasan

KERAJAAN melanjutkan Program Baucar Perlindungan Tenang dengan meningkatkan nilai bantuan kepada RM75 berbanding RM50 sebelum ini ketika Pembentangan Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Baucar tersebut diberikan kepada golonan B40 untuk membeli produk Perlindungan Tenang termasuk takaful hayat dan kemalangan diri.

Pada tahun hadapan, penerima bantuan boleh menggunakan baucar tersebut untuk membeli polisi insurans komprehensif bagi motosikal 150cc ke bawah mulai 1 Januari 2022.

"Diharapkan dengan peluasan skop perlindungan ini, kumpulan B40 terutamanya yang menunggang motosikal untuk mencari rezeki akan memperoleh manfaat daripadanya," kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram