Langgar SOP PPN, 56 orang kena kompaun RM130,000


  • 112
  • Khamis, 28 Okt 2021

PELBAGAI peralatan hiburan dan 441 botol arak pelbagai jenama dirampas dalam serbuan berkenaan. — Gambar hiasan

SERAMAI 56 orang pelanggan dan dua pemilik premis hiburan berusia antara 23 hingga 51 tahun dikompaun sebanyak RM130,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Ketua Polis Daerah Cheras, Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, dua premis yang beroperasi di Taman Miharja dan Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur diserbu Selasa lalu masing-masing pada pukul 10 dan 11.30 malam.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, Kuala Lumpur pada Khamis.

Tambahnya lagi, pelbagai peralatan hiburan dan 441 botol arak pelbagai jenama dirampas dalam serbuan di dua premis terbabit.

Ujar beliau, pemilik premis ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hiburan 1992 dan Seksyen 76 Akta Eksais 1976. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram