KADANG-KALA, walaupun kita sudah memandu dengan berhemah di jalan raya, sikap tidak bertanggungjawab pemandu lain juga boleh menyebabkan kejadian yang tidak diingini.
Sebuah rakaman kamera papan pemuka tular baru-baru ini di Facebook DashCam Owners Malaysia, menunjukkan sebuah kereta jenis Perodua Axia berwarna putih 'menyelit' di antara barisan kereta-kereta yang sedang berhenti ketika lampu isyarat merah.
Menurut pengguna Facebook yang memuatnaik rakaman itu, pemandu Axia itu melanggar kenderaannya dan kemudian terus berlalu selepas mengangkat tangan.
Dia memberi masa kepada pemandu Axia itu untuk menghubunginya dalam masa 24 jam untuk menyelesaikan perkara itu.
"Abang VBS8608 sila ikut lorong jangan ikut line tengah. Mana boleh lepas langgar angkat tangan terus belah. Sila hubungi saya dalam masa 24 jam," katanya.
Menurut tarikh dan waktu yang terdapat dalam rakaman, kejadian dipercayai berlaku pada Isnin jam 12.47 tengah hari.
Netizen di ruangan komen turut mengecam tindakan pemandu Axia yang memotong barisan secara berbahaya dan tidak bertanggungjawab setelah menlanggar kenderaan orang lain. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram