Kecoh minah saleh tak pakai pelitup muka, mengamuk dihalang masuk Dior KLCC


  • Tular
  • Rabu, 27 Okt 2021

TANGKAP layar video tular minah saleh 'mengamuk' tak dapat masuk Dior KLCC pada Rabu. — Twitter

KECOH di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur (KLCC) selepas seorang minah saleh marah-marah di hadapan butik Dior gara-gara tidak dibenarkan masuk kerana tidak memakai pelitup muka.

Menerusi satu video tular di Twitter pada Rabu, minah saleh yang mendapat gelaran 'Karen' dalam kalangan warganet, dilihat memarahi staf butik berjenama mewah tersebut kerana keengganan mereka membenarkan wanita itu memasuki premis berkenaan.

Video yang dikongsikan pengguna Twitter, @DFEfiercefun itu menunjukkan wanita tersebut berkeras untuk memasuki butik itu walaupun dihalang oleh dua orang staf Dior.

"Saya sedang beratur untuk masuk ke Dior KLCC. Tak dibenarkan masuk tanpa pelitup muka!!!

"Wanita ini berkeras dan menyamakan pemakaian pelitup muka seperti komunis," tulisnya.

KOMEN KAREN

TANGKAP layar komen yang ditinggalkan netizen terhadap video tular itu. — Twitter

@DFEfiercefun turut mengucapkan tahniah kepada pengurusan Dior KLCC dan Suria KLCC kerana mengamalkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat.

Rata-rata netizen kemudian meminta pihak berkuasa memburu wanita tersebut kerana jelas melanggar SOP wajib memakai pelitup muka yang sedang berkuat kuasa.

Mereka pada masa sama mempertikaikan bagaimana wanita itu boleh masuk melalui pintu utama tanpa saringan.

"Macam mana tak pakai pelitup muka lepas masuk KLCC? Kalau orang tempatan kemain guard garang tak bagi masuk," tulis @meeloshake.

Sementara itu, Fifi pula mengajak warganet mencari wanita tersebut jika dia memuat naik video yang dirakamnya.

"Kementerian Kesihatan (KKM) dan PDRM (Polis Diraja Malaysia) minta ambil tindakan. Tak adil meh, warga asing nak layan baik-baik, dengan rakyat sendiri bagi (kompaun) RM10,000," katanya.

Video itu mendapat lebih 250,000 tontonan setakat ini sekali gus menjadikan tanda pagar #KLCC #Dior dan #Karen trending di Twitter. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram