Kejadian curi motosikal luar biasa di Gombak


  • Tular
  • Selasa, 26 Okt 2021

PENCURI (dalam bulatan) melarikan sebuah motosikal pada Isnin. — Facebook

SATU video kecurian motosikal yang agak luar biasa didakwa berlaku di Kampung Sungai Chinchin, Gombak, Kuala Lumpur lalu tular di Facebook sejak Isnin.

Menerusi video berdurasi 26 saat itu, dua orang pencuri dilihat melarikan sebuah motosikal dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi pada Isnin.

Kejadian berkenaan mengundang reaksi warganet di Facebook.

"Ini mesti dah kena 'attack' ini, kawan-kawan juga yang curi ini, kalau tidak macam mana dia tahu lokasi itu kan. Pada hal banyak lagi motor dekat depan itu, kenapa dia ambil yang dekat dalam 'parking' itu kan," kata pengguna Facebook, Amrullah Abu.



Kredit Facebook Asal Gombak

Setakat ini, tiada kenyataan dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung kejadian berkenaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang motosikal bernombor plat WC2575U, boleh menghubungi talian 019-8275205. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

curi, kes, Gombak, Kg Sungai Chinchin, Facebook