Lagi kilang buang sisa minyak di sungai


  • Tular
  • Isnin, 25 Okt 2021

SISA minyak yang dilepaskan di sungai terbabit yang didakwa didalangi kilang berdekatan. — Facebook

UMPAMA tiada kesedaran moral apabila sebuah kilang berdekatan melepaskan sisa minyak ke dalam sungai, sekali gus menyebabkan pencemaran alam sekitar.

Menerusi perkongsian video oleh pengguna Facebook Ayah Umar pada petang Ahad, lokasi kejadian dipercayai di Sungai Benus Chegar Medang, Bentong, Pahang.

"Assalamualaikum, ada ke cara nak report (aduan) pasal kilang lepaskan minyak dalam sungai.

"Letih macam ni ikan pun pupus. Harap jabatan yang berkenaan dapat ambil tindakan," katanya.

Pada 14 Mac 2019 lalu, seramai 1,906 penduduk terjejas akibat pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor, dengan 276 orang dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI) bagi mendapatkan rawatan.

Selain itu, sebanyak 111 sekolah di Pasir Gudang diarahkan tutup, manakala kerajaan mengarahkan sebanyak 92 tadika dan taska di kawasan sama ditutup atas faktor keselamatan.

Belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung insiden itu setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Sungai Benus, minyak, pencemaran