Bahaya ekzos ' terbang' di lebuh raya


  • Tular
  • Ahad, 24 Okt 2021

KEJADIAN dipercayai berlaku satu kilometer sebelum plaza tol Kajang Selatan, kira-kira pukul 9.41 pagi, Sabtu. — Facebook

MELIHAT ekzos motosikal terbang ketika sedang memandu di lebuh raya merupakan sesuatu yang mendebarkan.

Bukan sahaja itu, insiden seperti itu boleh membahayakan pengguna lebuh raya lain terutama apabila ia berlaku ketika motosikal itu sendiri sedang ditunggang laju.

Kejadian seumpama itu berlaku di Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) arah Kajang, Selangor. yang kemudian dirakam oleh pemilik akaun media sosial Facebook milik Sya Mil.

Video yang disunting dari rakaman kamera perakam video (dashcam) berdurasi 22 saat itu memaparkan ekzos dari motosikal dipercayai jenis Yamaha 125 tercabut ketika penunggang melalui lebuh raya bekenaan.

Berdasarkan rakaman video itu, kejadian dipercayai berlaku satu kilometer sebelum plaza tol Kajang Selatan, kira-kira pukul 9.41 pagi, Sabtu.

Penunggang motosikal yang pada awalnya tidak menyedari ekzosnya sudah 'terbang' kemudian berhenti berdekatan papan tanda plaza tol berkenaan

Sya Mil dalam hantaran tersebut menzahirkan rasa lega kerana ekzos tersebut tidak terkena kenderaan lain.

"Tengah sedap pulas sekali tertanggal pulak.

"Mujur tak terbang kena orang lain, bertabahlah abang," tulisnya.

Rata-rata netizen meninggalkan komen tentang harga ekzos tersebut yang dianggarkan sekitar RM10,000 hingga RM20,000.

Ada juga yang berseloroh kerana pada mereka kejadian yang berlaku itu merupakan sesuatu yang melucukan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram