Bomba cilik cuit hati netizen


  • Tular
  • Jumaat, 22 Okt 2021

AISY RAHMAN (tengah) melawat balai bomba sempena hari jadinya baru-baru ini kerana minat mendalam terhadap pasukan beruniform itu. — Facebook

SEORANG 'bomba' cilik mencuri perhatian warganet selepas aksinya cuba membantu pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memadamkan satu kejadian kebakaran tular di media sosial.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Wan Mohd Nur Amani di Facebook, kanak-kanak lelaki itu kelihatan seakan-akan memegang hos air dan cuba meniru aksi pasukan bomba memadam api.

Gayanya yang memakai helmet bomba mainan berwarna merah dengan aksi bersahaja mencuit hati netizen.

Difahamkan kejadian kebakaran itu berlaku di Sri Aman, Sarawak pada pagi Rabu membabitkan sebuah rumah namun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

photo6307754430681951694

TANGKAP layar aksi Aisy yang beraksi seolah-olah memadam kebakaran.

Sementara itu, seorang netizen yang juga ibunya, Francesca Lim meninggalkan komen dengan mengatakan bahawa, anaknya yang bernama Aisy Rahman itu memang meminati pasukan beruniform itu.

Malah dia berkata, Aisy yang kini berusia tiga tahun memang bercita-cita untuk menjadi bomba sejak kecil kerana mahu menyelamatkan nyawa orang.

"Oleh sebab dia minat sangat, suami saya membawanya melawat balai bomba sempena hari jadi baru-baru ini.

"Dia menganggap kesemua anggota bomba sebagai buah hati," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

bomba, padam kebakaran, si cilik, Sri Aman, Sarawak,