Lebuh raya 'berjerebu' gara-gara asap lori


  • Tular
  • Jumaat, 22 Okt 2021

TANGKAP layar video tular itu mendapat reaksi lebih 500 pengguna Facebook dan dikongsi semula lebih 400 kali. — Facebook

HANTARAN video yang memaparkan sebuah lori yang melalui Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menarik perhatian warga laman sosial Facebook pada Jumaat.

Video berdurasi 16 saat itu menunjukkan sebuah lori yang menghala ke arah Selatan melepaskan asap kenderaan yang tebal hingga menyebabkan laluan itu seperti berjerebu.

Suntingan video itu dikongsi oleh pemilik akaun Muhammad Hafiz di grup Facebook Jabatan Netizen Negara.

Dalam video berkenaan kedengaran seorang lelaki berbangsa India yang memandu kenderaan menghala ke Utara sedang bercakap dalam bahasa Tamil.

Dia yang merakam video tular itu terkejut apabila meilhat sebuah lori dari arah bertentangan melintasinya dan meninggalkan kepulan asap di lebuh raya berkenaan.

“Gila... banyak asap memenuhi jalan,” katanya ketika itu.

Video berkenaan mendapat reaksi lebih 500 pengguna Facebook dan dikongsi semula lebih 400 kali.

Rata-rata netizen mengecam kejadian berkenaan yang menyifatkan bahawa situasi itu membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Ada juga yang berseloroh menyatakan bahawa kemungkinan lori berkenaan mempunyai masalah ekzos. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

plus, lebuhraya utara selatan, lori, asap, jerebu