Johor, Terengganu beralih ke Fasa Empat PPN Isnin depan


  • Primer
  • Jumaat, 22 Okt 2021

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. — The Star

JOHOR dan Terengganu akan beralih ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai Isnin depan (25 Oktober).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira penilaian risiko semasa yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan dipersetujui oleh Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19.

"Prosedur operasi standard (SOP) bagi negeri-negeri yang memasuki Fasa Empat adalah sama dengan sebelum ini.

“Keterangan SOP terkini akan dikemas kini MKN di laman sesawang rasmi www.mkn.gov.my,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Ini bermakna, Johor dan Terengganu bakal menyertai Putrajaya, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Pahang, Negeri Sembilan dan Labuan yang sudah berada di Fasa Empat sebelum ini.

Buat masa ini, hanya Perlis, Sarawak, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan dan Sabah sahaja yang masih berada di Fasa Tiga. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

johor, terengganu, fasa empat, ppn, ismail sabri