'Pakai semula pelitup muka selepas habis makan semasa dine in'


  • Primer
  • Jumaat, 22 Okt 2021

KHAIRY mengingatkan orang ramai supaya memakai pelitup muka selepas makan ketika aktiviti 'dine in' di restoran. —The Star

MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengingatkan orang ramai supaya memakai semula pelitup muka, sebaik sahaja selesai menghabiskan makanan ketika 'dine in' atau makan di restoran.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) Putrajaya mendapati terlalu ramai individu yang berbual dengan tidak memakai pelitup muka selepas menghabiskan makanan ketika aktiviti 'dine in'.

"Bila dah habis makan dan mahu sembang pasca makan, pakai semula pelitup muka. #ReopeningSafely," katanya menerusi ciapan di laman Twitter pada Jumaat.

WhatsApp Image 2021-10-22 at 5.21.20 PM

Ciapan Khairy di laman Twitter pada Jumaat.

Terdahulu, bermula 20 Ogos, individu yang sudah lengkap vaksinasi dibenarkan untuk ‘dine-in’ di restoran bagi negeri-negeri di dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Perdana Menteri sementara ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan, ia adalah salah satu daripada kemudahan tambahan sektor sosial dan ekonomi yang diberikan kepada individu yang telah menerima vaksinasi lengkap.

Pertimbangan itu dibuat mengambil kira perkembangan positif kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di seluruh negara yang telah melebihi 50 peratus ketika itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram