PRN Melaka: KKM umum SOP pada Jumaat


  • Primer
  • Khamis, 21 Okt 2021

KHAIRY pada sidang media mengenai perkembangan terkini penularan wabak Covid-19 pada Khamis. — Bernama

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) akan membentangkan prosedur operasi standard (SOP) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sewaktu mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat.

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, Kementerian Kesihatan (KKM) akan turut memberikan pandangan berhubung perkara terbabit pada mesyuarat sama.

Beliau berkata, setiap SOP yang dicadangkan oleh SPR akan mengambil kira pengalaman PRN Sabah tahun lalu.

"Kita akan pastikan apa yang berlaku di Sabah tidak berulang dan pandangan saya, sewaktu PRN Sabah, kita belum ada vaksinasi dan kita terima hakikat di Sabah pada masa itu tiada penularan varian Delta.

"KKM akan berikan ulasan esok (Jumaat) kerana esok (Jumaat) akan dimuktamadkan SOP pilihan raya," katanya dalam sidang media pada Khamis. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram