BEKALAN air dijangka mula disalurkan kepada pengguna bermula pukul 6.30 petang Selasa, secara berperingkat di 145 kawasan Sepang dan 11 lagi di Kuala Langat.
Menerusi kenyataan rasmi di Facebook, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan pelaksanaan kerja-kerja kecemasan telah mencapai tahap 55 peratus sehingga pukul 9 pagi tadi dan kerja-kerja pembaikan dijangka siap pada pukul 6 petang.
Dalam kenyataan sama, Air Selangor turut memaklumkan bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pukul 6 petang Rabu dan tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas adalah berbeza, bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.
Katanya, pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300 untuk mendapatkan maklumat insiden ini dari semasa ke semasa.
Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre di laman web www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor. — Majoriti