Bekalan air pulih sepenuhnya


  • Primer
  • Sabtu, 16 Okt 2021

KESEMUA 998 kawasan yang terjejas masalah air kini pulih sepenuhnya bermula 6 petang tadi.

KESEMUA 998 kawasan yang terjejas masalah air kini pulih sepenuhnya bermula 6 petang Ahad.

Kawasan yang terbabit dengan masalah ini adalah di dalam wilayah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri berkata, pihaknya berterima kasih kepada semua pengguna kerana terus bersabar dan memberikan kerjasama sepanjang gangguan berlaku.

airselangor

Pengumuman yang dibuat Air Selangor menerusi laman sosial Twitter

“Air Selangor ingin memaklumkan bahawa bekalan air di 998 kawasan di Wilayah Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor pulih sepenuhnya.

“Pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300.

“Sebarang pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre di laman web,” menurut kenyataan Air Selangor menerusi ciapan di laman sosial Twitter.

Gangguan bekalan air itu disebabkan kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) yang dimulakan pada Rabu. — Majoriti