72 kes kematian Covid-19 direkodkan pada Isnin


  • Primer
  • Selasa, 19 Okt 2021

JUMLAH kematian keseluruhan mencecah 27,993 atau kira-kira 1.2 peratus daripada keseluruhan 2,391,028 kes positif di Malaysia.
PADA Isnin, sebanyak 72 kes kematian kematian akibat jangkitan Covid-19 direkodkan sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan mencecah 27,993 atau kira-kira 1.2 peratus daripada keseluruhan 2,391,028 kes positif di Malaysia.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) di portal COVIDNOW, daripada jumlah kematian yang direkodkan semalam, sembilan kes daripadanya adalah membabitkan kematian di luar fasiliti kesihatan (BID) menjadikan jumlah keseluruhan kes BID pula meningkat kepada 5,655.

Pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) terus menunjukkan penurunan sejak awal September lalu.

Pada masa sama, data KKM turut mencatatkan 61.5 peratus kadar penggunaan ICU di hospital kerajaan seluruh negara.

Bagaimanapun dua negeri masih merekodkan kadar melebihi 70 peratus iaitu di Perak (72.8 peratus) dan Sarawak (81.9 peratus).

Penurunan turut direkodkan bagi jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan bantuan pernafasan dengan mencatat 347 kes setakat Isnin. — Majoriti

Covid-19, BID, ICU, KKM